Teaching Philosophy

My goal is to encourage thinking in rational ways, so that this can be applied in other, unfamiliar situations. I particularly emphasize learning to think about trends and directions.

Friday, 5 December 2014

Fesyen cara pemakaian selendang

cara pemakaian selendang memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang. Ada yang lebih suka simple, cepat dan mudah contohnya tudung bawal. Tetapi yang cerewet bila perlu digosok dahulu sebelum memakainya (Fesyen : Cara pemakaian tudung bawal). Paling best ADIJUMA kan?? hehe "Tribal chic by Aidijuma". Ada yang jenis tak perlu di gosok contohnya selendang. Opss yang ni saya paling suka cepat senang dan ngam dengan sesiapa yang pemalas untuk gosok tudung bagai ni. cuma bila masa belit shawl je cuma kena mahir gituh! tetapi bila dah lama-lama pakai shawl ni kiranya semuanya mudah je sebenarnya. Yang penting selesa dengan korang okay. Nah belanja entri "Cara Pakai Selendang" & "Cara pakai selendang dari Hazanis".


Fesyen cara pemakaian selendang - Terlintas nak share tutorial memakai selendang dari gadis cantikNuramirah! sekali pandang terus jatuh hati sebab cantik sangat. Issskk perempuan tengok dah cair, orang lelaki tengok lagi la kan. terbeliakk biji mata. Lolzz suka dengan penampilan muslimah beliau.Aumm!


Alhamdulillah, dah masuk bulan Ramadhan. Selepas itu bertemu dengan Syawal, Semoga kita semua diberi kesempatan untuk berjumpa denganNya. Amin so fesyen cara pemakaian selendang mungkin sesuai dan dapat membantu korang semua tampil bergaya di Aidilfitri nanti selain dari "Cara pakai selendang seperti Diana Amir". 


Sunday, 30 November 2014

TIPS KESIHATAN WANITA

air
1.    Minum banyak air
-    Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
yoga-stretch
2.     Bersenam
-    Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
overcome-teenage-smoking
3.    Jangan merokok. 
-    Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?

051810_SleepGirl
4.    Tidur yg cukup
-    Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

natural-beauty-opener-lg
5.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
-    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih

1200caloriedietmenu
6.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
-    Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

spa4
7.     Manjakan diri
-    Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

Listening-to-Music
8.    Elakkan stress. 
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

confident-woman
9.    Don't worry, be happy. 
-    Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

laughing-women-friendship-greetings
10.    Ketawa penghibur duka
-    Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Friday, 28 November 2014

Assalamualaikum & Good Morning .. Disini saya nak share serba sedikit  dengan korang tentang Tips Mencantikkan Blog . Enjoy reading ^^



Tips :

1. First korang kena tahu cara memilih warna background . Pilih background yang simple tak serabut . 

Contohnya macam ni :

Kalau korang pilih background polkadot pastikan ia bersesuaian dengan blog korang . Kalau warna background lain , sidebar , lain , warna-warni ? saya cadangkan korang buat satu warna je . Lagi sedap mata memandang .


2. Header 
 Kalau korang nak tau , header pon memainkan peranan dalam blog korang tau ! Kalau takde header nanti tak menyerlah .. So nak cadangkan korang pilih header yang comel-comel . Contoh macam ni :




Kalau korang nak design sendiri cuba lah install Photoscape atau Photoshop ? Maybe diaorang ni boleh tolong korang design header sendiri . 

3. Warna Tulisan Entry
 Especially warna hitam lah . Tulisan yang warna-warni bagai ? Bolehh tapi kenalah pandai pilih warna . Jangan pulak pilih warna yang terang sangat ! Nanti sakit pulak mata nak membaca blog korang .. Contohnya warna kuning . Tapi cadangkan korang pilih warna hitam je lah .. Ikot kreativiti blogger la janji senang pembaca nak baca blog korang .


4. Sidebar

Haa ! Sidebar pon memainkan peranan yang sangat penting tau .. So untuk nampak sidebar korang nampak kemas lagi teratur letak border pada sidebar korang . Boleh search tutorial kat Google. . Banyak wey !

Ok lah rasanya ni je kut yang Ira boleh share dengan korang . Insyaallah nanti Ira buatkan tips lagi untuk korang .. Selamat Mencubaa :)

Monday, 24 November 2014

KEPENTINGAN KIMIA

Ilmu kimia (chemistry) ialah sains yang berkenaan dengan komposisi bahan-bahan, bentuk asas jirim dan interaksi antara mereka. Bahan kimia terdiri daripada satu atau lebih daripada elemen-elemen (unsur-unsur) di bumi kita. Bahan kimia adalah penting dalam kehidupan kita. Berikut adalah beberapa contoh kepentingan kimia:
  • Perubatan – untuk memerangi penyakit dan memanjangkan jangka hayat.
  • Baja dan racun perosak – meningkatkan hasil tanaman.
  • Pengawet – membantu memanjang masa penyimpanan makanan.
  • Bahan yang digunakan untuk membuat pakaian seperti kapas (cotton), sutera (silk) dan nilon (nylon).
  • Bahan binaan seperti simen (cement), konkrit (concrete) dan kaca (glass).
  • Komponen (components) automobil dan komputer.
  • Produk pengguna seperti sabun (soap) dan bahan pencuci (detegent).
Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian kita.
Nama Bahan
Formula Kimia
Kegunaan
Oksigen
(Oxygen)
O2
Pernafasan dan pembakaran
Nitrogen
N2
Pembuatan ammonia
Karbon dioksida
(Carbon dioxide)
CO2
Dalam fotosintesis dan dalam pembuatan minuman berkarbonat.
Natrium klorida
(sodium chloride)
NaCl
Pemeliharaan makanan, cth: ikan masin.
Propena (Propene)
C3H6
Pembuatan bahan plastic.
Formaldehid
(Formaldehyde)
HCHO
Pemeliharaan specimen biologi.
Ferum (II) sulfat
(Iron(II) sulphate)
FeSO4
Pil untuk merawat anemia
Dichlorodiphenyl-trichloroethane (DDT)
(ClC6H4) 2CHCCl3
Sebagai racun serangga. Cth: kawalan nyamuk.
Aspirin
CH3COOC6H4COOH
Dadah analgesik untuk merawat kesakitan dan demam
Kalsium sulfat
(Calsium sulphate)
hemihydrate
2CaSO4.H2O
Digunakan sebagai cast untuk menyokong tulang patah mangsa kemalangan.
Keluli tahan karat
(Stainless steel)
80% iron +
18% chromium +
1% copper +
1% antimony
Untuk membuat perkakas dapur seperti periuk, pisau, sudu dan garfu.
Aloi tembaga-nikel
(Copper nickel-alloy)
25% nickel +
75% copper
Untuk membuat duit syiling.
Urea
CO(NH2) 2
Baja.
Asid borik
(Boric acid)
H3BO3
Untuk memelihara makanan laut seperti ikan dan sotong.
Asid sulfuric
(Sulphuric acid)
H2SO4
Sebagai elektrolit dalam pengumpulan asid plumbum
Etanol
(Ethanol)
C2H5OH
Sebagai pelarut dan pembuatan perindustrian kimia.
Sodium borate
Na2B4O7
Racun lipas.
Zink fosfid
(Zinc phosphide)
Zn3P2
Racun tikus.
Sodium stearete
C17H35COONa
Sabun.
Natrium nitrit
(Sodium nitrite)
NaNO2
Pemeliharaan makanan seperti daging burger dan sosej.
Ethanoic/Asetic acid
CH3COOH
Pemeliharaan buah-buahan dan pembuatan perisa makanan.
Magnesium oksida
(magnesium oxide)
MgO
Pil anti-asid untuk merawat pesakit gastrik.
Sodium bikarbonat
(Sodium bicarbonate)
NaHCO3
Serbuk penaik.
Kalsium karbonat
(Calsium carbonate)
CaCO3
Kalsium tambahan.

MULAKAN DENGAN CERIA

Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria. Dia melaksanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira. Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah), mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas), semuanya dibuat dengan gembira .
Ceria yang dimaksudkan di sini bukanlah terkinja-kinja atau tertawa terbahak-bahak, tetapi rasa senang, tenang, rasa bebas dan lapang di dalam hati.
Tidak percaya? Cuba imbau kembali hasil kerja kita yang dirasakan paling berkualiti, sama ada tulisan, masakan, lukisan, persembahan atau apa sahaja… Ingat semula bagaimana hati kita sewaktu menghasilkannya. Insya-Allah, pada waktu itu mesti hati kita dalam keadaan ceria. Mustahil kita dapat menghasilkan satu kerja yang baik sewaktu dilanda perasaan sedih, benci ataupun marah.
Aliran kegembiraan akan mengukir mutu yang tinggi pada hasil pekerjaan kita. Itulah yang dimaksudkan ‘air tangan’ dalam pekerjaan kita. Air tangan itu hakikatnya adalah aliran keceriaan yang mengalir daripada diri kepada pekerjaan kita. Bukan sahaja kerja malah wajah kita juga diukir oleh kegembiraan itu. Kata bijak pandai, “jika hati baik, wajah akan sentiasa cantik.” Salah satu ciri hati yang baik, adalah ceria!
Kata pakar-pakar psikologi dan motivasi, sepuluh minit terawal sebaik sahaja bangun daripada tidur akan menentukan kecemerlangan kita pada hari tersebut. Jangan hendaknya fikiran, perasaan dan hati kita dicemari oleh sesuatu yang buruk, jahat dan kotor. Saranan mereka, senyum, cakap yang baik-baik, rasa yang indah-indah, sebaik sahaja bangun daripada tidur.
Sebagai seorang Islam, kita seharusnya tidak ada masalah untuk merasa ceria sebaik sahaja bangun daripada tidur. Caranya? Hitung kesyukuran, jangan hitung kesukaran. Islam hakikatnya sudah lama mendidik umatnya agar melihat sisi yang baik-baik, indah-indah dan cantik-cantik sebaik sahaja bangun daripada tidur. Justeru, kita dianjurkan untuk melafazkan doa kesyukuran ini sebaik sahaja bangun daripada tidur: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kematian kami dan kepadaNyalah kami akan dihimpunkan.”
Ya, pertama dan utama, kita mesti bersyukur atas nikmat hidup yang masih dikurniakan Allah. Cuba kenangkan betapa ramai orang yang pada malam sebelumnya tidur, kemudian tidak bangun-bangun lagi pada hari esoknya kerana telah ‘dijemput’ kematian. Tidur disifatkan oleh para hukama sebagai separuh daripada kematian. Jadi apabila kita diizinkan untuk hidup pada pagi hari, ertinya ‘separuh daripada kematian’ telah diangkat kembali oleh Allah daripada diri kita… Lalu bersyukurlah kerana kita telah hidup semula dengan sepenuhnya!
Ukirlah senyuman dan berilah salam kepada orang yang pertama anda temui pada awal setiap pagi. Mungkin orang itu ialah ibu, bapa, suami, isteri atau anak-anak kita. Juga fikirkan yang baik-baik dan bayangkan yang cantik-cantik. Mintalah perlindungan daripada rasa dukacita, takut, malas dan pengecut seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini: “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia
Untuk itu lihat apa yang ada, jangan dikenang apa yang tiada. Hitung satu persatu ‘kelebihan’ yang sedang kita miliki dan nikmati, insya-Allah kita akan tersentak kerana pasti tidak dapat menghitungnya. Firman Allah: “Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitungnya.”
Ya, tidak dinafikan kita punya masalah, kesedihan, kesakitan, kegagalan… namun itu tidak menghalang kita untuk terus bersyukur. Kelebihan pastinya mengatasi kekurangan. Kesenangan tentunya melebihi kesukaran. Malah di dalam kesukaran itu pun masih ada kesenangan. Itu sudah sunahtullah (peraturan Allah). Itulah yang dijanjikan Allah. Firman Allah:”Sesungguhnya pada kesukaran itu ada kelapangan.”
Namun, mengapa dalam realitinya, dirasakan berbeza? Semua ini gara-gara tersalah memandang hidup. Ingat selalu, yang penting bukan apa yang kita pandang tetapi bagaimana cara kita memandangnya. Apa yang berlaku di dalam diri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita. Pemikiran dan perasaan kita yang negatif menyebabkan kita hanya fokus kepada negatif sekalipun yang negatif itu cuma sekelumit.
Jangan jadi lalat yang mencari dan hinggap hanya pada tempat-tempat yang kotor dan busuk walaupun masih banyak tempat yang bersih dan wangi. Tetapi jadilah lebah yang mencari dan hinggap di tempat yang cantik dan harum. Jadi pandanglah hidup dengan penuh rahmat, nikmat dan indah sejak awal pagi lagi… Insya-Allah, apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat!

Tuesday, 7 October 2014

sekadar nukilan

Education Is Not Preparation For Life, Education Is Life Itself

ASSALAMUALAIKUM W.B.T KEPADA SEMUA BLOGGER. TUJUAN BLOG INI DIDIRIKAN ADALAH UNTUK SUBJEK SKI3013 (INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY IN CHEMISTRY). SUBJEK INI BUKAN SAHAJA TELAH MEMBUKA MATA BETAPA TECHNOLOGY AMAT PENTING DIDALAM BIDANG PENDIDIKAN. 

teacher to be : Nur Shawati